hasil didikan Yahudi
Pekerja Lebuh Raya Bertol, PTPTN dan banyak lagi agensi terpaksa menganggur hanya kerana keinginan nafsu PR ingin menghapuskan bayaran. Apa yang ada dalam kepala pemimpin PR ini? Janji gila dan tidak munasabah memperbodohkan rakyat macam dia buat dalam PRU12 dahulu.
Demi mendapat undi, mereka sanggup "kelentong" hingga ke tahap "gila". DAP mahu membuang separuh Penjawat Awam. PKR mahu hentikan pembangunan demi mengumpul wang membayar beratus billion menghapuskan PTPTN, Tol lebuh raya dan gaji minimum.
Mana lagi wang yang akan mereka rompak? Tabung Haji, Felda, Petronas dan KWSP. Tak percaya? Lebih baik percaya kerana kos beratus billion itu akan diambil dari mana?
Cakap tak serupa bikin. Anwar memang suka berangan sambil mencipta sokongan palsu.
TERBARU : Kelentong Terburai....
BENTONG - Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata negara akan muflis dalam tempoh dua tahun jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerinthan dengan menunaikan tiga janji mereka.
Katanya, dalam siri kempen politik mereka, pakatan pembangkang berjanji menghapuskan kutipan tol, gaji minium RM4,000 sebulan dan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Katanya sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara, mereka memerlukan RM200 bilion setahun untuk menunaikan janji mereka.
"Ketiga-tiga janji itu tidak realistik kerana untuk menghapuskan kutipan tol sahaja kerajaan memerlukan perbelanjaan tambahan RM100 bilion, PTPTN RM43 bilion dan gaji minimum hampir RM60 bilion setahun," katanya.
Liow, yang juga Menteri Kesihatan, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Felda Sertik, dekat sini, hari ini.
Justeru itu, beliau berharap golongan muda tidak terpengaruh dengan janji kosong pakatan pembangkang kerana ketika ini kerajaan Barisan Nasional (BN) menanggung 70 peratus kos pendidikan di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). – Bernama
No comments:
Post a Comment