Pages

EliteTrooper

Monday, 16 April 2012

Penyangak tuduh orang lain Lanun, Kerajaan lembik?


Amat menjengkelkan. Azmin jual apa yang boleh dapat wang juta-juta? PKR menjadikan Melayu semakin bodoh menuju bangang sebangang bangangnya. Masa berkuasa, semua dikebasnya. Tak mustahil, Selamngor juga hadapi keadaan yang sama. Tungulah bongkarannya nanti.


Masa menuduh kerajaan BN rasuah, bukan main lagi. Hiruk pikuk. Benda tak betul pun dikatakan betul. Bila kena diri sendiri, hmmm diam membisu seribu bahasa. 

Kerajaan juga bersalah bila membiarkan sahaja pembongkaran bekas rakan PKR dan tidak membuat siasatan. Ada pihak dari kem PKR berdondang sayang "Jika benar kenapa kerajaan yang mempunyai berbagai kelengkapan tidak mampu mendakwa mereka?" Benar juga dakwa mereka. Adakah kerajaan takut kepada PR atau sememangnya kepimpinan BN sekarang lembik dan mudah terugut?

Ambil contoh ini. Kenapa kerajaan membiarkan sahaja? Adakah PSRM juga sudah dibeli oleh Anwar? Ia semakin menjadi teka teki.

Azmin, Shamsidar punya aset lebih 10.5 juta?



Bagai seperti kehendak kepada permintaan Anwar yang mahu dirinya disiasat dan kenyataan Azmin yang mendakwa ingin menyaman Vigneswaran kerana didakwa menfitnah lantaran kecohnya isu aset dan harta yang dimiliki Azmin beberapa hari lepas. Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim dilaporkan telah membuat laporan polis hari ini dan menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pembelian saham oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan beberapa penama lain.

Antara nama yang dinyatakan selain Azmin ialah Shamsidar Tahrin iaitu isteri kepada Ahli Parlimen Gombak tersebut. Anuar percaya dengan adanya dokumen tersebut ditangan pihak berkuasa, ia akan dinantikan oleh semua pihak termasuk penyokong Anwar dan Wan Azizah sendiri untuk mengetahui fakta sebenar disebalik pembelian saham aset Azmin dan Isterinya Shamsidar Taharin.

"Dan lebih-lebih lagi, Dr. Azizah pun ingin tahu kerana banyak saham-saham tersebut dinamakan atas nama Shamsidar ".

"Dokumen ini bertarikh 1992 hingga 1994 ketika Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar." Jelas Anuar Shaari kepada wartawan yang sejak pagi menunggu kehadiran bekas orang kanan Anwar itu tampil di luar pintu masuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Perdana Kuala Lumpur.

Dokumen-dokumen penting termasuk baucer pembelian saham tersebut dianggarkan mencecah nilai lebih RM2 juta, tidak termasuk aset lain. Sebelum ini Vigneswaran dalam kenyataannya kepada media mendedahkan ada menerima dokumen berkaitan aset Azmin dan Shamsidar bernilai lebih 8.5 juta.

Kemungkinan besar kedua dokumen ini adalah dokumen berasingan kerana Anuar tidak menyatakan dokumen yang berada ditangannya adalah dokumen sama dengan yang berada dengan Vigneswaran. Oleh itu, sekiranya kedua dokumen ini dicampur jumlah aset yang dimiliki Azmin dan Shamsidar, ia kini adalah melebihi 10.5 juta dan ini tidak termasuk aset lain yang belum dinyatakan.

Sebenarnya angka ini adalah cukup amat besar, lebih-lebih lagi kalau kita nilaikan ia semasa di tahun 1992. Dari rentetan itu kita percaya akan lebih banyak lagi kekayaan Azmin akan didedahkan kepada umum selepas ini.

Tahun 1992, umur Azmin masih muda remaja sudah tentu kulit masih bersih dan mulus, tentu agak ajaib bin pelik jika seorang Setiausaha Sulit akan memiliki harta sebanyak itu pada masa tersebut. Situasi yang mengelirukan lagi kenapa Shamsidar juga dianugerahkan dengan begitu banyak pemberian lot-lot saham dan aset tertentu. Ini seharusnya diungkaikan bermula hari ini oleh pihak berkuasa. Sejauh mana sebenarnya aset-aset ini ada hubung kait antara Anwar Ibrahim dengan kedua pasangan suami isteri tersebut.

Walaupun sebelum ini banyak gosip diberikan mengenai hubungan misteri Azmin, Shamsidar dengan Anwar Ibrahim, namun sehingga sekarang masyarakat masih tertanya-tanya apakah makna sebenar disebalik kemesraan hubungan tersebut. Diharapkan dengan adanya dokumen ini akan membuka jalan kearah mengetahui kisah sebenar yang tersembunyi selama ini. http://tomyampoktek.blogspot.com

Katilnya sahaja didakwa berharga RM24 ribu. Kalau bukan jutawan masakan mampu hidup semewah ini? Apa yang penting berintegritikah PKR mengktitik kerajaan sebagai korap? Mana datang wang Azmin, Tim Presiden PKR juta2? Perjuangan menentang korupsi, konon! Taik kucing!

No comments:

Post a Comment

Destroyers

RoyalSquad

undseige (penyusun)