Pages

EliteTrooper

Friday 20 April 2012

NGO Melayu perlu membela Dr Rahman Kadir

 

NGO Melayu khususnya Perkasa perlu membela dan mempertahan Dr. Rahman Kadir, pegawai perubatan yang mendedahkan mulut celupar Azmin dan rakan-rakan yang mempersendakan raja-raja Melayu semasa istiadat pertabalan YDPA baru-baru ini.

Seruan ini aku laungkan sebab aku yakin selepas ini Dr Rahman akan diserang habis-habisan oleh puak-puak pembangkang walaupun beliau hanyalah seorang marhain yang tiada kepentingan sama sekali ke atas pemimpin pembangkang ini. Bermula dengan Dr. Mariah yang khabarnya akan menyaman beliau, Tian Chua khabarnya akan menggunakan segala cara untuk mengambil tindakan terhadap Dr. Rahman.

Dan aku percaya, jika Azmin tidak berani menyaman beliau sekali pun sudah pasti isu ini akan dijaja oleh puak-puak pembangkang dalam ceramah-ceramah politik baik PKR mahupun Pas.

Bayangkan andai Dr Rahman disaman berjuta-juta ringgit hanya meluahkan perasaan terluka kerana para pemimpin pembangkang yang bercita-cita besar mahu memimpin negara mempunyai perangai dan sikap yang sungguh kurang ajar terhadap para sultan dan YDPA, ke mana beliau mahu mengadu? Apa nasib yang bakal beliau hadapi?

Jika Perkasa atau NGO-NGO lain benar-benarkan mahu mempertahankan maruah dan martabat Raja-raja Melayu daripada dirobek satu persatu oleh para pemimpin seperti ini, ayuh berdirilah di belakang Dr Rahman dan belalah mereka, walaupun beliau sendiri tidak mengharapkannya.

Siapa lagi mahu membela nasib beliau jika beliau "diserang" jika bukan kita, orang Melayu yang sayangkan agama Islam, bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu.


No comments:

Post a Comment

Destroyers

RoyalSquad

undseige (penyusun)