Kesian dia Langkahnya Semakin Pincang
katanya Anwar kini semakin mereput?
Inilah kejayaan Anwar Bin Ibrahim. Promosikan LBGT melalui Ambiga dan BAR Cauncil. Anwar menyorok di sebalik agenda ini kerana takutkan kemarahan pengikut PAS yang jelas menolak perjuangan membenarkan Seks Bebas dalam negara.
Kini apabila Ambiga menyatakan hajatnya memperjuangkan LBGT dalam kempen BERSIH 3.0, maka terserlahlah bahawa PR adalah dalang sebenar perjuangan LBGT.
Nik Aziz telah pun mengeluarkan FATWA songsang bila mengatakan kehadiran umat Islam dalam BERSIH 2.0 nanti adalah WAJIB (berdosa kalau tak lakukan). Sama ada tersasul atau melalut, kita tak dapat hendak pastikan kerana kita bukan penyokong tegar PAS. Mereka yang lebih layak menilai kewajaran fatwa tersebut. Adakah maksudnya "satu perkara yang wajib termasuk memperjuangkan LBGT" (?).
Contoh Budaya Songsang.. sembahyang berjemaah,
sebelahnya kepit betina tentunya bukan isterinya.
Sembahyang pertunjukan?
Nik Aziz Sokong Seks Bebas?
Apabila PAS mewajibkan penyokongnya menyertai demonstrasi Seks Bebas, ia merupakan satu mala petaka besar bagi umat Islam yang selama ini berharap PAS akan menjadi icon pejuang Islam.
PAS akan terperangkap kali ini. Selain turut dari menyokong perjuangan Ambiga dalam Seksualiti Merdeka (Seks Bebas), ia dengan sendirinya menunjukkan PAS kini lebih mesra Islam Liberal bawaan Anwar. Jauh bertentangan dengan dasar perjuanga Islam bawaan Nabi SAW.
Setelah mencipta syurga kepada ahlinya, PAS secara tidak langsung telah mengangkat diri mereka jauh terkehadapan dalam soal keagamaan. Sekurang-kurangnya pada sangkaan mereka. Penyokong mereka menjadi lebih taksub sebagamana para pengikut ajaran sesat yang lain. Sanggup mati kerana Tok Guru dengan alasan masakan Tok Guru tak tahu jika ianya "haram" atau salah. Tok Guru adalah "mursyid" pada pandangan mereka.
Selepas ini akan kita lihat penyokong PAS akan mudah dijerat dan tertarik untuk melakukan kehidupan seks secara sumbang kerana kesilapan Nik Aziz dengan fatwa twersebut, kecuali dia segera menarik kembali fatwa berkenaan.
Kita tak perlu bercerita tentang Anwar yang menganut Islam Liberal itu. Seks Bebas adalah salah satu bawaan Islam Liberal ini. Bebas melakukan seks dengan siapa sahaja umpama haiwan.
PAS + DAP = LBGT
Kita akan lihat sejauh mana pengikut PAS akan faham apa sebenarnya yang hendak diperjuangkan oleh PKR dan DAP melalui manusia bernama Ambiga ini.
PAS tersalah pilih:
1. Berketuakan dari kelompok Nasrani yang berhati Nasrani. Dia Tidak pernah bersimpati kepada kaum Muslimin malah memberi sokongan penuh aktiviti memurtadkan kaum Muslimin. Sudah tiadakah semua Pemimpin Muslim? Sekurang-kurangya orang seperti Mat Sabu walaupun lemah kelayakan akademiknya ataupun mereka dari kumpulan Anwarinas.
2. Berketuakan Wanita yang juga mengetuai perjuangan Seks Bebas. Seolah sudah tiada lagi Kaum Lelaki Budiman yang layak mengetuai perjuangan? Apabila pejuang Seks Bebas mengetuainya, para pengikutnya juga ikut serta mengangkat perjuang Seks Bebas. Itu adalah kenyataan yang tidak dapat disangkal.
Anwar pasti akan ketawa berdekah-dekah melihat gelagat dungu Nik Aziz dan pengikutnya umpama berketuakan Lebai Malang. Sebelum ini pun Anwar pernah sifatkan PAS sebagai "DUNGU"...
PAS sekmakin tidak relevan
Inikah Hajat Mereka?
No comments:
Post a Comment