Pages

EliteTrooper

Thursday 8 March 2012

500 ribu orang serbu ceramah Anwar di Perak.



Kesesakan jalan yang teruk sepanjang 30 kilometer.., talian komunikasi hampir lumpuh akibat dari permintaan melebihi had.., dan juga puluhan ribu sukarelawan terpaksa dikerahkan semasa ceramah Anwar di kawasan Perak Tengah semalam.

Gila lah beb.., dianggarkan hampir 500 ribu rakyat Perak membanjiri kawasan ceramah Anwar hanya semata-mata untuk menyaksikan sendiri bakal Perdana Menteri yang dorang sayangi tu..

Dan gua rasa terharu sangat apabila pengacara majlis ceramah tu mengumumkan, Anwar adalah merupakan "KHAZANAH NEGARA" yang patut dijaga oleh semua rakyat.

Baru gua sedar, Anwar adalah aset penting bagi Malaysia.. Bahkan, Anwar lagi penting dari kapal selam Scorpene yang mahal tu beb.. Fuhhh.., memang luarbiasa manusia bernama Anwar Ibrahim tu!

Berkenaan pasal ceramah di Telok Bakong semalam, Anwar seperti biasa merayu rakyat supaya jangan percaya kepada media kerajaan yang dikatakan suka buat fitnah terutamanya pasal isu Israel..

Anwar kata dia sebenarnya sokong Palestin tetapi diputarbelitkan oleh media Umno kononnya dia sokong Israel.. Ishhh.., jahat sungguh Umno ni kann..

Anwar juga menyeru anak-anak muda supaya sedia berkorban untuk dirinya..., Opss.., untuk rakyattt... Dan Anwar suruh rakyat buat pilihan yang betul di PRU13 nanti agar dia boleh ke Puduraya Putrajaya..

So.., berteraburanlah airmata 500 ribu para hadirin kat situ akibat dari terharu dengan keikhlasan Anwar untuk membela nasib rakyat beb.. Kalah doa munajat Hasan Ali tauu..

Gua dapat rasakan satu aura menyelubungi gua dan 500 ribu rakyat ketika itu.. Aura yang menunjukkan bahawa Anwar akan jadi Perdana Menteri.., bukan di Putrajaya.., tapi di Muzium Negara...

Kan pengacara Majlis ceramah tu sebut Anwar sebagai "KHAZANAH NEGARA".., so dia harus diletakkan di tempat yang sepatutnya iaitu di Muzium Negara lahh.. Betul tak? Hahahahaha...

Jom layan gambar....






sumbangan MPP

4 comments:

  1. Ramainye...takut juga nie.. boleh ke BN menang nanti... Takut2...

    ReplyDelete
  2. Jika Anwar Ibrahim selalu di aniya oleh org2 Zalim maka ditermasuk org2 yang doanya akan dimakbulkan oleh Allah. Spt pemain Malaysia Di Indonesia Tempoh Hari, pemain malaysia dimaki hamun namun berkat doa yang baik maka mereka berjaya hasil daripada Pertolongan Allah SWT.

    Jika BN mahu menang hentikanlah buat benda2 mcm fitnah. Mereka kata Anwar Ibrahim seorg yg Gay,Berzina dgn girl cina,Israel,sokong yahudi dan sbgnya tapi itu penipuan.

    Jika kita lihat video pertemuan Syeikh Al-Qardawi (ulama sedunia) dgn Anwar Ibrahim, dan Panglima Hamas dgn Anwar Ibrahim adakah kita mneganggap mereka itu jahat. Adakah Para Ulama yg mendekatkan diri dgn Allah itu pun kita anggap sbg Konspirasi Anwar Ibrahim.

    Jika kita mahu jadi pemimpin, kita hendaklah pimpin Isteri Dan Anak. Adakah Ayat ini yg di keluarkan oleh Para Khalifah zaman dahulu tidak diterima pakai apabila manusia tidak lagi mahumemikir dgn baik2 semula dan menerima khabar angin dgn cepat.

    Jika Anwar Ibrahim Dapat memimpin Anak Dan Isterinya, Adakah Beliau Seorg Yang Jahil kerana di menyuruh Isterinya menutup Aurat berbanding pemimpin sblmnya Dianggap Mulia kerana mendedahkan Aurat mereka.

    Berfikir dgn Baik dan positif Jgn Bersikap Tidak Terbuka. Saya percaya Jika kedua-dua pemimin syg kepada rakyatnya, maka mereka hendaklah Mendirikan Ajaran Agama Islam Sebenarnya.

    PAS berjuang utk jd pemimpin kerana Jika Mereka memimpin< Mereka akan Menjalakan Hukum Allah Maka Mereka dapat juga menyelamatkan kita daripada kemurkaan Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. Jika Khairi Jamaludin Mengaku Malaysia Ada Hubungan Dgn Israel Sebelum Ini. Adakah Khairi Menipu Didalam Twitternya?Atau suka2 utk mendpt publisiti.

    Saya tdk percaya jika ia dikaitkan dgn publisiti. Mereka memberitahu krna mrka juga ada rasa sifat syg kepada rakyatnya.

    Jika Semua Penyokong BN Mahu BN mmgang Selama-lamanya, Mereka seharusnya Mengharamkan 'Demokrasi ciptaan Penjajah' Supaya Mereka Selama-Lamanya Menjadi Pemimpin Malaysia Di Dunia Yang Fana Ini.

    Jika 50 Tahun mereka memerintah dan kamu semua memang puas hati Dan Sombong Tidak Mahu Menerima Teguran Kerana Memikirkan Kamu Sememangnya Sentiasa Terbaik. Maka Tidak Perlulah Ada Pembangkang Didalam Permidato.

    Jika Para Pemuda Zaman Dahulu Bangkit Menentang Malayan Union Dan Penjajah, Adakah Mereka Ini Mendapat Sokongan Ejen Yahudi.

    Jika Penubuh UMNO itu Sendiri Onn Jaafar Itu Keluar Dari UMNO kerana Dalam Nota Beliau Yang Terakhir Yang Menimbulkan Tanda Tanya Ketika Penubuhan UMNO dahulu, Adakah Beliau Menipu.

    Dahulu, Tun M Berjaya Menjatuhkan Bapa Kemerdekaan Kita Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj adakah Tun M benar pemimpin negara yg dihormati dek kerana meningkatkan pembangunan negara mll pemodenan negara,penciptaan Twin Tower spt Menara Freemason yang selalu dilihat kita, Menara Kembar Nabi Sulaiman. Mencaci Amerika namun disebaliknya baik dan terus menerus mengikiut petunjuk Amerika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlalu banyak anda kena selidiki siapa anwar.. anda ketinggalan banyak info. fakta anda masih berbentuk klasik dan sudak tidak relevan lagi.

      jawpannya yang tepat ialah "pura-pura" demi hajat...

      ok? teruskanlah mengkaji luar dalam..

      saya bekas penyong anwar dan PAS tegar.. kenapa saya melarikan diri? sebab saya ada info yang sebenar dan bertanggung jawab berjuang menghalang kerosakan yang lebih dahsyat dari yang sedia ada. jangan hanya lihat kulit dan lakonan... merbahaya !! ...

      Delete

Destroyers

RoyalSquad

undseige (penyusun)