tiada siapa dapat nafikan kejujuran Dr Hasan
Dr Hasan Ali menjadi tarikan baru kepada rakyat yang cintakan agama bangsa dan negara. Aset baru pejuang Melayu, Pejuang Islam Malaysia yang dilihat amat bersih dan berwibawa mencabar DSAI yang sebelum ini dikatakan paling berpengaruh di kalangan bukan penyokong tegar parti pemerintah, BN.
pemimpin PAS sebenar (belakang tabir)
Mampukah Dr Hasan mencorakkan dunia politik Melayu menjadi lebih Islamik, sama2lah kita nantikan. Ketika DSAI semakin melalut dan hilang arah, Dr Hasan muncul sebagai penentang gabungan PR pimpinan DSAI. Ia seolah memberi ruang yang cukup luas untuk Dr Hasan mencabar DSAI. Hebat juga pertembungan baru 2 tokoh yang bijak berhujah ini.
Siapa yang lebih handal antara pakar Demonstrasi dan pakar Motivasi ??? Kehancuran pentadbiran Selangor menjadi modal terbaik untuk Dr Hasan mengkritik Penasihat Ekonomi Selangor, DSAI.
Fokus utama beliau tetap konsisten iaitu Islam, Melayu dan Raja2. Sehingga hari ini, hujah beliau gagal dibalas oleh PAS selaku bekas parti politik yang disertainya. Tindakan PAS memecatnya demi menjaga reputasi DSAI masih lagi berparut dan dibantah sebahagian dari penyokong PAS.
Isu IMR (Islam, Melayu dan Raja2) merupakan gerakerja penting Dr Hasan menghalang matlamat DAP yang cuba menghakis IMR ini. Ia merupakan penetangan terhadap DAP secara langsung. PKR dan PAS yang masih setia dengan parti dominan PR ini akan menerima tempias darinya.
PKR dan PAS dianggap parti politik Melayu yang benar2 gagal menjaga hak dan keistimewaan peribumi negara ini. Mereka besekongkol dengan DAP untuk meranapkan IMR dan tubuhkan pemerintahan Republik yang membolehkan bangsa Cina/pendatang/bukan bumi menjadi presiden.
Tiada tempat untuk Melayu dalam PR selagi ia di dominasi oleh DAP. Satu fakta yang cuba dinafikan oleh sama ada PAS atau PKR. Sesuai dengan pepatah, Menang Sorak Kampung Tergadai.
Mendabik dada memperjuangkan Islam, tetapi Islam terus tergadai.
proksi - jesuits, mason yahudi dan israel
Isu IMR akan disertai dengan beberapa isu besar melibatkan peneraju PR tersebut. Anwar akan menjadi sasaran enak kepada Dr Hasan hasil dari kesilapan tindakan DSAI sejak terlepas dari hukuman penjara atas kesalahan Liwat II 9/2 lalu. antaranya ialah:
1. Dana Yahudi Amerika untuk menumbangkan pemerintah (Regime Change)
2. Mengaku akan mengiktiraf Israel
3. Mempertahankan keselamatan negara haram Israel
4. Isu liwat dan zina, akan pinda undang2 jika jadi PM
5. LBGT dan perjuangan bebas seks
6. Menyokong nama Allah untuk Gereja Kristian
7. Tidak menentang murtad
8. Islam Liberal
9. Bersekongkol dengan Salman Rushdie yang pernah menghina Nabi saw
"Saya tiada masalah untuk bergerak sebagai ADUN Bebas. Saya bukan perasuah, saya bukan liwat dan melakukan benda yang terlarang dalam Islam. - Hasan Ali, Bekas EXCO kerajaan Selangor"
Hasan mahu ketengah isu Islam, Melayu, Raja
2012/03/20 Berita Harian
SHAH ALAM: Bekas EXCO kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan mengetengahkan isu membabitkan Islam, Melayu dan institusi Raja (IMR) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada kali ini.
Sambil menegaskan tampil buat pertama kali sebagai wakil Bebas bukan satu masalah besar, beliau berkata, pemecatannya sebagai ahli PAS adalah bermaruah.
“Saya tiada masalah untuk bergerak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas. Saya bukan perasuah, saya bukan liwat dan melakukan benda yang terlarang dalam Islam.
“Saya akan ketengahkan IMR walaupun ramai kata Hasan cauvinis, tapi saya mahu ketengahkan Islam dalam konteks ‘multi racial.’
“Saya mahu beritahu kepada masyarakat bukan Islam mengenai peranan institusi raja, amalan agama, hak istimewa orang Melayu, bukan hanya sentuh bab tanah rizab Melayu seperti dalam titah Sultan tapi ia lebih global,” katanya selepas Majlis Pembukaan Sidang DUN Selangor kali ke-12 di sini, semalam.
Ditanya bila beliau akan mendedahkan rakaman video sepasang suami isteri yang dimurtadkan, Hasan berkata, ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat seperti dijanjikan sebelum ini.
“Saya akan dedahkannya sedikit masa lagi seperti dijanjikan. Ia tidak dapat didedahkan lagi sebab ada sedikit masalah teknikal.
“Saya merasakan sidang DUN ini perlu membahaskan pelbagai perkara kerana harus diakui hak istimewa Melayu kini diancam kepupusan,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata, sebagai wakil rakyat Bebas, Hasan mempunyai keistimewaan sama dengan wakil rakyat parti lain dan beliau boleh menyuarakan pandangannya dalam sidang DUN itu nanti.
“Bila rakyat pilih, wakil rakyat itu boleh suarakan apa yang difikirkan perlu
No comments:
Post a Comment