Pages

EliteTrooper

Saturday, 5 May 2012

Kamaruddin Jaafar ingin singkirkan Mustafa Ali demi Anwar

PAS bakal alami gelombang penghapusan ulama dan menjadi pentas khas untuk selamatkan kekalutan yang menimpa Anwar. Survival Anwar seperti sedang menuju jurang. Tindakan segera mesti dilakukan untuk mengubah PAS dari sebuah Pari Islam kepada Parti Sekular sebagaimana PKR. Sokongan tak berbelah bagi dari PAS mesti dipastikan demi masa depan Anwar.

Kamaruddin Jaafar, watak yang dibina oleh Anwar sejak menjadi ahli kabinet ini akan memakai baju PAS walaupun jelas berkerja untuk Anwar.

Suatu yang dijangka kerana sekaranmg ini pun sebahagian besar pendokong PAS adalah orang Anwar. Untuk memperkuatkan jentera sulit Anwar menguasai PAS satu langkah sedang diatur untuk mengenepikan badud lama yang tidak pernah konsisten dalam mempertahankan Anwar.

Musuh mereka (ulama) sedikit demi sedikit telah dihapuskan kecuali beberapa kerat yang tidak akan menggugat beliau.



Anwar kehilangan pengaruh di kalangan pengundi Melayu. Mereka yang tidak berpihak sudah mengetahui siapa Anwar sebenarnya. Pengundi atas pagar sudah jelak dengan kerenah Anwar yang tidak lagi menggambarkan ketokohan pemimpin yang mereka harapkan. Berbagai skandal menyebabkan mereka jadi ragu tambahan pula kekuatan DAP yang bakal menghakis kuasa Anwar mula menunjukkan tanda.

Mahu tidak mahu Anwar mesti merampas PAS untuk terus memberi sokongan padu kepadanya. Keadaan sekarang menunjukkan kumpulan ulama kecuali Hj Hadi dan Nik Aziz sudah melahirkan rasa kurang senang terhadap Anwar selepas peristiwa BERSIH yang amat memalukan PR.

Untuk itu, PKR akan berusaha menelan PAS untuk menjadi sayap kanan PKR... Adakah anda semua setuju?


Kamaruddin Jaafar : Saya Sedia Ambil Alih Jawatan Mustafa Ali Demi PRU13!!!




Pergolakan yang sedang berlaku di dalam PAS bukanlah perkara baru, apabila golongan pro ulama yang sebelum ini didukung oleh watak utama seperti Hasan Ali, Nasharuddin Mat Isa, dan Harun Din mula disingkirkan dalam operasi “pembunuhan etnik” paling berjaya dalam sejarah kewujudan PAS.

Tiang “etnik ulama” hanya tinggal Harun Din, satu nama yang menghadirkan hormat di kalangan rakyat, tanpa mengira fahaman parti politik. Dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, pastinya parasit tidak menganggap Harun Din sebagai ancaman utama. 

Merujuk kepada satu ceramah oleh Ustaz Hasan Basri, mantan Ketua Penerangan PAS Selangor, beliau mendedahkan bahawa individu yang mendesak pemecatan Hasan Ali adalah Salehudin Ayob. Rupanya, play-safe strategy yang sering digunakan oleh Salehudin dengan menggambarkan dirinya sebagai “low profile” dan “Mr Nice Guy” hanyalah demi kepentingan politik. Akhirnya, wajah sebenar Salehudin didedahkan. Nyatalah, siapa parasit utama. Ia sangat sesuai dengan al-kisah gelaran Din Pudu yang diberikan kepadanya.

Tersingkirnya Hasan Ali, lantas mendedahkan kepincangan sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Hasan Ali dibidas, dikritik malah difitnah dengan corak tipikal pembangkang, apabila terdapat ahli mereka yang keluar parti.

Hasan Ali dibayar. Hasan Ali pembelot. Dan tuduhan yang paling popular ialah Hasan Ali ejen UMNO, seperti dakwaan oleh Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS. Tuduhan itu telah membuatkan “perang” di antara kedua-dua individu terbabit berlarutan sekian lamanya, apatah lagi Mustafa Ali mendakwa mempunyai bukti terhadap tuduhannya.

Namun, sehingga kini, bukti itu tinggal kata-kata semata.

Tidak semena-mena, dari meja pengarang Selangor Daily, terdapat maklumat yang mengatakan wujud usaha terbaru oleh Kamaruddin Jaafar untuk menyingkirkan Mustafa Ali. Ini sangat mengejutkan kerana Mustafa Ali sendiri dilihat pro kepada Anwar jika dilihat “perang mulut” di antara beliau dengan Hasan Ali gara-gara isu pemecatan keahlian Hasan Ali.

Namun, ada juga maklumat yang mendakwa Mustafa Ali tidak bersetuju melantik Anwar sebagai Ketua Pakatan Rakyat, tetapi berkompromi sekiranya Pakatan menang PRU 13 dan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Kamaruddin Jaafar, watak yang telah lama Anwar wujudkan dan menyelusup masuk ke dalam PAS. Dan perkara seperti di atas tentunya tidak digemari oleh Kamaruddin, kerana menentang bossnya, iaitu Anwar Ibrahim.

Mungkinkah itu adalah sebab, Kamaruddin Jaafar dikhabarkan sedang berusaha menyingkirkan Mustafa Ali?

Kamaruddin Jaafar adalah Setiausaha Agung PAS terdahulu, sebelum Mustafa Ali mengambilalih pada 2008-2010 seterusnya dikekalkan untuk penggal kedua, iaitu 2011-2013.

Apakah terdapat “kisah lama” di antara mereka berdua dalam perebutan jawatan sebagai Setiausaha Agung PAS?

Atau pun, apakah wujudnya “sesuatu” yang bakal membebankan PAS, sekiranya membiarkan Mustafa Ali terus berada di takhta tersebut? Apakah ianya bersangkut paut dengan laporan satu portal, yang mendakwa terdapat “aktiviti gelap” kegemaran Mustafa Ali, iaitu melanggan chinadoll?
Sekiranya benar, maka bersorak rianglah golongan parasit Anwarista di dalam PAS, kerana pastinya akan ada “sesuatu” untuk menyingkirkan terus Mustafa Ali, seorang pemimpin kanan yang dilihat tidak sehaluan dengan Anwar Ibrahim.

Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

dari http://lamanizzs.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Destroyers

RoyalSquad

undseige (penyusun)