Pages

EliteTrooper

Wednesday, 16 May 2012

Dalam Kes Ni UMNO Jauh Lebih Baik


RM50,000 rasuah?

Biadap! Kata Tunku Aziz

by Sheih on May 16, 2012

Itulah jawapan YM Tunku Aziz Tunku Ibrahim, bekas Naib Presiden DAP terhadap tindakan daripada pihak Setiausaha Agung DAP yang cuba merasuahnya untuk meredakan keadaan.

Tunku Aziz dipetik oleh The Malaysian Insider sebagai berkata bahawa beliau menerima panggilan daripada Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik Lim Guan Eng, yang menawarkan bayaran tetap sebanyak RM50,000.00.

Bayaran itu menurut Zairil seiring dengan tawaran jawatan Fellow kanan di Penang Institute, sebuah think-tank milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan peluang untuk sering keluar negara.

Memang biadap! Apa Lim Guan Eng fikir dia boleh beli warga Malaysia begitu sahaja? Apakah ini warna sebenar Lim Guan Eng dan DAP?

YM Tunku Aziz kurang bernasib baik kerana parti yang pernah diwakilinya begitu tidak demokratik, sama seperti PKR dan PAS. PAS telah memecat Dr. Hassan Ali dan PKR memecat Wakil Rakyatnya serta pimpinan dalam parti yang tidak seiring dengan Ketua Umum PKR.


KuLi- walau lantang, sentiasa dapat pernghormatan dari Presidennya.

Yang bernasib baik ialah YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Katalah apapun, buatlah apapun, waima secara terang-terangan tidak sependapat dengan pimpinan UMNO dan hala tuju UMNO dalam hal-hal tertentu, namun terus dihormati oleh presiden UMNO.

Ini bukti jelas kepada rakyat Malaysia bertapa berbeza kepimpinan Najib Razak kalau dibandingkan dengan Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Keluarga Lim dalam DAP.

Sunber: Kickdefella




Kenapa DAP terlalu takut apabila bekas Timbalan Presiden DAP Tunku Aziz keluar parti sehingga sanggup memberi rasuah sehingga RM50,000.00.

Apakah semua pendedahan Razali akan terjawab mengenai perancangan jahat DAP untuk menjadikan negara Malaysia adalah negara Kristian.

Apakah pendedahan Razali rancangan DAP untuk mengambilalih jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya adalah benar?

Apakah pendedahan Razali mengenai rancangan DAP bahawa jika pakatan rakyat berjaya memenangi PRU-13 di Perak maka DAP akan melantik dikalangan pemimpin cina DAP sebagai Menteri Besar adalah benar?

Semuanya sudah ada dalam kepala Tunku Aziz cuma masa dan ketika sahaja beliau akan membuat pendedahan besar-besaran.

No comments:

Post a Comment

Destroyers

RoyalSquad

undseige (penyusun)