Apabila bapak ketam mengajar anak2nya supaya berjalan dengan betul maka inilah akibatnya…dituduh khalwat kemudian terus dinasihatkan supaya bercuti. Yang bapaknya pula apabila dikaitkan melakukan liwat tidak pula mengambil cuti. Oops! apabila melakukan liwat dilakukan ditempat yang sulit tak apa… Bapaknya siap lakukan zina dengan Chinadoll pun tak mengapa juga…tak pun ambil cuti!
isteri cantik Ust tak tahan
ketam
Inilah undang2 baru ala Israel PKR…very disgusting!!!
Akibat dari kebaikannya mengaturkan khidmat masyarakat kepada wanita walaupn telah lewat malam, maka dia mendapat habuan yang lumayan. Maka dia dibalun oleh suami kepada wanita yang dibantunya itu.
skandal
Akibat dari kebaikannya mengaturkan khidmat masyarakat kepada wanita walaupn telah lewat malam, maka dia mendapat habuan yang lumayan. Maka dia dibalun oleh suami kepada wanita yang dibantunya itu.
Wujudlah dakwaan bahawa dia dibelasah oleh 20 orang samseng. Samseng UMNO kot?
Dia lupa dia sendiri jadi samseng kpd isteri tuanya. Teringat pula kes ketuanya yg pernah disebut ‘balon’ isterinya apabila Kak Jijah terlalu mengasaknya dgn pelbagai pertanyaan tentang kegiatan luar tabienya….. wallahhualambissawab.
Moga orang2 macam ni dijauhkan daripada bertapak di Putrajaya. Jika tidak merebaklah penyakit suami curang balon isteri yg kentutnya tidak sewangi dulu.
Warisatul naw
Badrulamin Merenung Jauh, Sembunyikan Sesuatu..
Published by AIDC on February 28, 2012
AIDCNews – 28/02/12 – Dalam rakaman di sebelah, Dr Badrulamin Baharon dilihat merenung jauh, seolah-olah menyembunyikan sesuatu.
Ketika ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis atas dakwaan dipukul oleh suami wanita yang didakwa berkhalwat dengannya, Badrulamin menjawab tidak.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff turut mengesahkan setakat ini tiada sebarang laporan yang dibuat oleh Badrolamin berhubung dakwaan beliau dipukul ketika tangkapan itu.
Katanya pihak polis hanya menerima laporan tangkapan khalwat terhadap individu terbabit yang dibuat JAIP pada 25 Februari lepas, yang dibuat di Balai Polis Beserah, Kuantan pada 10.28 pagi.
Suami Wanita
KUANTAN - Suami wanita berumur 28 tahun yang didakwa ditangkap khalwat (gambar) bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron di sebuah hotel di sini pada kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu tampil memberikan keterangan di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini semalam.
suami
Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut dengan ditemani ibu bapanya, bapa saudara serta anak lelakinya yang berumur tiga tahun.Lelaki tersebut bagaimanapun enggan ditemui pemberita selepas didapati meninggalkan bangunan JAIP melalui pintu pagar belakang pada kira-kira pukul 7 petang.
INILAH lobi hotel terkenal di Pantai Balok, Kuantan, tempat Dr. Badrulamin didakwa berkhalwat dengan isteri orang.
BOHONG SEORANG USTAT
Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.
Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.
Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.
"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.
"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo!semalam.
KES KHALWAT PENASIHAT AGAMA SELANGOR : BADRUL AMIN BAHRON SALAHKAN UMNO KENA PENAMPAR JEPUN
Sebelum buat apa-apa andaian silalah baca berita berkaitan di bawah ya... kita cari kepastian dan kebenaran yang sememangnya pemimpin PKR ada masalah ZAHIR dan BATIN...
versi yang diceritakan oleh suami wanita tersebut….;
Sumber yang turut berada ketika suami wanita tersebut menyerbu bilik di tingkat tiga hotel berkenaan berkata, pintu bilik berkenaan gagal dibuka sepenuhnya berikuta dihalang rantai pada pintu itu.
“Pasangan berkenaan [Badrul Amin dan wanita isteri orang itu], mengambil masa kira kira 20 minit sebelum menanggalkan rantai kunci keselamatan pintu bilik hotel berkenaan.
“Keadaan dalam bilik ketika itu gelap dan arahan supaya membuka pintu tidak dihiraukan sebaliknya mereka hanya berdiam diri sebelum pintu dibuka” katanya.
Beliau berkata, apabila pintu bilik dibuka, Badrul Amin yang ketika itu berbaju kemeja serta berseluar panjang duduk dikerusi, manakala pasangannya [isteri lelaki yang menyerbu bilik] memaki baju T sedang memangku seorang kanak kanak perempuan berusia 3 tahun dipercayai anaknya. [dipetik dari Berita Harian]
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu beliau mendapatkan bilik penginapan, kata Badrulamin.“Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya,” ceritanya.Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.“Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.
“Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.“Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.“Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya,” cerita Badrul lagi.Badrul dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari, iaitu esok dan berjanji akan datang dengan peguamnya.
versi JAIP
Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah institut kemahiran di negeri ini. Suami kepada wanita itu kemudiannya menghubungi penguatkuasa JAIP yang datang ke bilik hotel itu kira-kira pukul 3 pagi.Mohd. Ghazali berkata, panggilan yang dibuat oleh orang ramai diibaratkan seperti menghubungi bomba jika berlaku kebakaran atau kecemasan."Begitu juga dengan JAIP jika dihubungi orang ramai sekiranya terdapat kes khalwat, kami akan bertindak atas aduan itu," katanya.Dalam pada itu, katanya, JAIP akan memanggil semula Badrulamin yang didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di sini semalam.
Katanya, pemimpin dan wanita itu dijangka hadir ke pejabat JAIP kira-kira pukul 9 pagi esok bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut."Ia adalah prosedur biasa bagi memudahkan kelancaran pihak kami menjalankan siasatan kes tersebut," katanya. Mohd. Ghazali berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah institut kemahiran di negeri ini. Suami kepada wanita itu kemudiannya menghubungi penguatkuasa JAIP yang datang ke bilik hotel itu kira-kira pukul 3 pagi.Mohd. Ghazali berkata, panggilan yang dibuat oleh orang ramai diibaratkan seperti menghubungi bomba jika berlaku kebakaran atau kecemasan."Begitu juga dengan JAIP jika dihubungi orang ramai sekiranya terdapat kes khalwat, kami akan bertindak atas aduan itu," katanya.Dalam pada itu, katanya, JAIP akan memanggil semula Badrulamin yang didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di sini semalam.
Katanya, pemimpin dan wanita itu dijangka hadir ke pejabat JAIP kira-kira pukul 9 pagi esok bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut."Ia adalah prosedur biasa bagi memudahkan kelancaran pihak kami menjalankan siasatan kes tersebut," katanya. Mohd. Ghazali berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
VERSI SAKSI ... pulak dahh
Menurut seorang saksi mengatakan sudah tiga hari Watiwani bermalam dibilik Badrulamin kenapa malam ketiga baru nak bagi tazkirah.
Kata saksi itu lagi dakwaan Badrulamin kononnya dia dipukul oleh 20 orang samseng upahan suami Zatiwani adalah satu pembohongan. Setahu saya, saya dan suami Zati sahaja yang datang berjumpa dengan Badrulamin meminta dia melepaskan isteri Fazli Pungut tetapi Badrulamin enggan berbuat demikian sehingga menaikkan kemarahan suami Zatiwani.
Sebagai suami kepada Zati yang tidak mahu dianggap dayus, beliau terpaksa melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk membuat tindakan lanjut setelah beberapa rundingan dengan Badrulamin gagal.
Menurut penguatkuasa JAIP semasa tangkapan dibuat Zati sedang menyorok didalam almari. Penguatkuasa mendapati ada satu lagi tuala basah berada di atas katil dan satu lagi sedang digunakan oleh Badrulamin, ini menunjukkan ada seorang lagi yang tinggal bersama Badrulamin di dalam bilik hotel itu.
Sumber : http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/02/sudah-tiga-hari-watiwani-bermalam-di.html
TUDUHAN ustat
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa Umno merupakandalang yang merancang insiden kes tangkap khalwat yang mengaitkan dirinya bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantanawal pagi semalam.
Selain Umno, bekas pensyarah kuliyyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu mendakwa suami wanita berkenaan turut terlibat dalam perancangan untuk menganiaya diri dan karier politik beliau.
“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.
“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.
“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang ini,” katanya kepada FMT.
Sumber: FMT
Selain Umno, bekas pensyarah kuliyyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu mendakwa suami wanita berkenaan turut terlibat dalam perancangan untuk menganiaya diri dan karier politik beliau.
“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.
“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.
“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang ini,” katanya kepada FMT.
Sumber: FMT
LAGI CERITA SAKSI
Saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...
kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...
yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Ain
http://panggungopera.blogspot.com/2012/02/panas-pengakuan-saksi-pekerja-hotel.html
VERSI WANITA sang isteri
WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Februari 2012
ROMPIN - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu.
Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.
Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?
Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.
“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!
“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!
“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.
“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.
“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.
“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.
“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.
“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.
“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.
“Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.
Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.
Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.
“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.
“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.
Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.
KITA TUNGGU KISAH SELANJUTNYA
No comments:
Post a Comment