Pages

EliteTrooper

Monday 11 June 2012

selamat datang kerajaan KOMUNIS Malaysia.. biarkan... biarkan...


Anwar Akan Jadi Proksi Lim Guan Eng Sebagai Perdana Menteri Malaysia!!


Mimpi terburuk kepada orang Melayu. Akibat dari kelangsungan gangguan mental penyokong kurang akal kepada ulama yang mementingkan diri (Nik Aziz), akan terlaksanalah hasrat Chin Peng untuk martabatkan kaum Cina (PKM baru) mentadbir negara Melayu.

khabarnya Karpal dah mula sasau


PAS boleh buat apa? Tak berani nak lawan cakap Nik Aziz yang diiktiraf sebagai bertaraf wali itu. Dalam tidak sedar memberi peluang kepada LGE mencari ruang mimpikan jawatan PM. Inilah hasil perjuangan Anwar bersama dengan Soros selama ini. Betul... akan berlaku kisah "Lebai Malang" menggadai kampung halaman sendiri.

Luncai pula akan berkata "biarkan" "biarkan"....


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika seki-ranya pembangkang berjaya mentadbir negara kerana realitinya DAP tetap mahu jawatan tersebut disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, hakikat tersebut berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

"Anwar hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

"Karpal juga menyebut nama Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan Guan Eng boleh menjawat jawatan itu kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya menjadi Perdana Menteri," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Skudai Kanan, di sini semalam.

Karpal baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau hidup.

Malah, beliau turut mengakui tersasul menamakan Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri seperti yang dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Inggeris tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.

Meskipun ketika ini pembangkang bersetuju ketua pembangkang itu adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang calon bukan Melayu.

Sementara itu, Hasan berkata, meskipun didesak pelbagai pihak, namun Anwar sehingga kini masih gagal mengumumkan 'ahli-ahli' Kabinet bayangan pembangkang meskipun pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

sumber: empayar pemuda

No comments:

Post a Comment

Destroyers

RoyalSquad

undseige (penyusun)