Pages

EliteTrooper

Saturday 8 December 2012

Giliran Morsi Pula - Anwar perlu belajar


Siapa sebenarnya pemain utama politik MESIR? Arab Spring yang panas meledak. Apabila menentang Yahudi dan sokong Pelestin tiba2 meletus demo jalanan..


Terkini : Ribuan Berkumpul Tunjuk Perasaan Anti Morsi






KAHERAH, 7 Dis - Para aktivis dan pembangkang berkumpul untuk satu lagi pusingan baru demonstrasi secara besar-besaran Jumaat hari ini, tidak yakin dengan jawapan balas Presiden Mesir Mohamed Morsi dengan tindakan beliau baru-baru ini yang mencetuskan kontroversi dan ancaman hukuman terhadap para penunjuk perasaan.

Ribuan mula berhimpuan di Dataran Tahrir sejak tengah hari tadi dalam keadaan aman, tidak seperti malam sebelumnya.


Ribuan rakyat juga menyertai pengebumian dan solat jenazah di masjid Masjid al-Azhar mereka yang terbunuh dalam satu keganasan terbaru di luar istana presiden di Kaherah, menurut rakaman yang ditunjukkan oleh media kerajaan Nile TV.

Sebelum itu, Morsi enggan menarik kembali dekri kuasa yang telah diisytiharkan dan juga referendum perlembagaan baru bagi Mesir, berkata beliau menghormati demonstrasi aman terhadap keputusan dan tindakan yang diambil namun tidak akan bertolak ansur terhadap keganasan.

Dalam ucapan yang disiarkan melalui "mereka yang menentang" dan para penyokong beliau, Morsi mengutuk dan mengecam mereka yang terlibat dalam pertempuran - merujuk kepada mereka yang menggunakan senjata dan mereka yang menyokong "perasuah ... bekas rejim." Beliau turut berjanji akan memastikan golongan ini dipertanggungjawabkan dengan setiap tindakan yang dilakukan.

"(Mereka) tidak akan terlepas daripada hukuman," kata Presiden dalam ucapan televisyen.

Walaubagaimanapun amaran keras Morsi bukan sahaja gagal untuk meredakan penunjuk perasaan, malahan angka penunjuk perasaan semakin meningkat setiap jam. Aktivis dan pembangkang yang berkhemah di dataran melaungkan "Keluar! Keluar! Keluar!" sewaktu Morsi sedang berucap.

Sejurus selepas berakhirnya ucapan Morsi, ibu pejabat Ikhwanul Muslimin di Kaherah telah "dibakar,". Ikhwanul Muslimin turut melaporkan di laman web dan Twitter, bangunan dan pejabat parti itu telah diserang oleh "pengganas" dengan ratusan mengelilingi kawasan sekitarnya. Namun begiru awal pagi Jumaat, tidak ada sebarang tanda kebakaran atau kerosakan yang ketara.

Akhbar al-Ahram melaporkan lebih ramai yang akan menyertai protes dan tunjuk perasaan di Dataran Tahrir. The National Salvation Front, salah satu dari organisasi pembangkang menggesa rakyat menyertai demonstrasi besar-besaran menentang kerajaan dengan mendakwa kerajaan telah hilang "kewibawaan".

Di Twitter, Ikhwanul Muslimin berkata tokoh-tokoh pembangkang "bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peningkatan keganasan & menghasut penyokong mereka."

....... BEGITULAH WAJAH DUNIA YANG AKAN KITA LIHAT SELEPAS INI.  inilah dunia politik mainan Yahudi. DALAM SISTEM DEMOKRASI YAHUDI INI PAS PERLU AKUR BAHAWA NEGARA ISLAM CIPTAAN MEREKA HANYALAH ANGAN2 SEMATA.

PKR? Buang masa sahaja, kerana PKR adalah parti tajaan Soros, seorang Yahudi Jahat dari Amerika.

1 comment:

  1. kalau dah mula tersasul dan untuk popular, nanti dengan cara popular juga dijatuhkan. kenapa tak cari formula minhaj nabi? memang senang cakap. tapi suka atau tidak, tiada pilihan jika mau redha Ilahi

    ReplyDelete

Destroyers

RoyalSquad

undseige (penyusun)